Air Terjun Sekayu terletak di dalam Hutan Lipur Sekayu di Kuala Berang, Hulu Terengganu. Terletak kira-kira 56 km dari Kuala Terengganu dan 20 km dari bandar Kuala Berang. Untuk datang ke sini tidaklah sesukar mana kerana hanya perlu mengikut arah lurus ke Kuala Berang dan hanya belok ke kiri di Persimpangan Sekayu sebelum bandar Kuala Berang. Sebenarnya dah agak lama FF tak datang ke sini, kunjungan terbaru FF membuatkan FF terpegun kerana nyata hutan lipur ini sudah banyak mengalami perubahan dan kini lebih terjaga, malah kemudahan penginapan berupa chalet turut dibina di sini. Pengunjung yang datang ke sini akan dikenakan RM1.00 setiap seorang, berbaloilah dengan kemudahan yang disediakan di sini seperti surau, tempat persalinan, rumah rehat, taman bunga, taman burung, zoo mini, taman herba dan sebagainya. Rumah penginapan chalet juga boleh disewa dengan harga antara RM30-RM50 sahaja semalam. Hajat FF memang nak tawan hingga ke puncak air terjun yang teratas tapi terpaksa batalkan hasrat kerana kekangan bawak bebudak (ye la bukan senang nak panjat tangga batu hingga mendaki jalan yang agak licin tu). Namun mungkin dilain waktu FF pasti akan datang lagi dan mendaki hingga ke puncak untuk menikmati keindahan sebenar tempat ni.
|
Pintu gerbang
|
|
Papan tanda tentang fenomena 'Kepala Air' turut dipasang
|
|
Surau yang disediakan di sini
|
|
Landskap binaan
|
|
Taman Orkid
|
|
Taman Herba Ubatan
|
|
Laluan pejalan kaki
|
|
Kolam binaan yang ditanam pokok teratai
|
|
Chalet
|
|
Rumah tumpangan bercirikan tradisional
|
|
Sentiasa penuh dengan pengunjung
|
|
Jambatan gantung
|
|
Air terjun di pertengahan tapi ditutup kerana seramai 48 telah terkorban di sini.
|
No comments:
Post a Comment