Kali ni FF nak kongsi pasal salah satu makanan kegemaran FF. Makanan tersebut adalah nasi kukus. Pernah dengar tak? apa bezanya nasi kukus dengan nasi biasa. Semestinya lebih lembut dan sentiasa panas. Istimewanya nasi
kukus ini dimasak menggunakan wap air dan bukannya api untuk memastikan
nasi benar-benar masak. Rasanya lebih lembut dan baunya lebih wangi.. Biasanya nasi kukus ni berlaukkan ayam berempah, ditambah pula dengan sambal belacan, memang kaww la....
Warung nasi kukus yang menjadi tempat kegemaran FF dan paling terkenal di Kuala Terengganu ni ada dua, pertama terletak berhampiran dengan rumah FF, Jalan Kamaruddin iaitu "E_Nasi Kukus". warung ni terletak betul-betul di hadapan simpang lampu isyarat tu, tapi kalo nak datang kena la parking laluan belakang iaitu berhampiran dengan gelanggang futsal, ikut jalan kecil tali air tu. Satu la cawangannya terletak di Gong Badak, iaitu Warung "Nasi Kukus Sempoi". Warung ni terletak di simpang empat lampu isyarat juga dan dekat la dengan Hock Kee Seng Market tu. Kalo tak pasti tanya je penduduk kat sini pasti diaorang tahu pasal kebanyakan orang tahu la, dan memang menjadi kegemaran pengunjung termasuk la luar Terengganu. Tapi kalo nak datang kedua-dua warung ni kena la datang dalam waktu tengahari gitu paling awal, dan jangan la lewat sangat ye sebab kadang-kadang lewat sikit lepas waktu lunch memang tak sempat la merasa.
|
Warung "Nasi Kukus Sempoi" di Gong Badak
|
|
Papan tanda di tepi jalan
|
|
Nasi Kukus
|
|
Tambah kuah baru kaw lagi
|
No comments:
Post a Comment