Pantai Chendering terletak di kampung Chendering, Kuala Terengganu, berhampiran di antara Lagun Chendering dan Pantai Pandak. Pantai Chendering terletak di perkampungan, di mana majoriti penduduk di sini bekerja sebagai nelayan, ini boleh dilihat dengan bot-bot tersadai di pesisir pantai. Di pesisir pantai Chendering ni banyak dipenuhi dengan pokok-pokok mengkuang laut dan pokok rhu. Pantai Chendering merupakan pantai yang cantik tetapi lokasinya terletak di dalam perkampungan sedikit dan agak sukar untuk ke sini, walaupun begitu kawasan pantai ini tetap je ramai pengunjungnya. Lokasi Pantai ini juga tidak jauh dengan pantai Pandak dan dari kejauhan sudah jelas kelihatan bukit pantai Pandak.
|
Bot nelayan yang tersadai
|
|
Di kejauhan dah boleh nampak bukit kat pantai Pandak tu
|
|
Pesisir pantai Chendering yang landai
|
|
Perkampungan di pesisir pantai Chendering, dalam 200 meter je.
|
|
Pokok Mengkuang laut yang dah tinggi.
|
|
Penuh dengan semak samun pokok ni je, kena berhati-hati la daun pokok mengkuang ni agak tajam.
|
assalam izin sy copy ni yer...tq.
ReplyDelete