Kalo kat daerah Marang ni, rasa FF tempat yang paling terkenal adalah Kelulut ni. Kalo nak diikutkan daerah Marang memang terkenal sebagai perkampungan nelayan, jadi makanan berasaskan laut memang la segar dan banyak kat sini. Kalo kat Kelulut ni makanan yang berasaskan laut memang tak akan mengecewakan korang kerana kebanyakannya sedap-sedap, dan memang menjadi tempat kegemaran FF la. Eh! nanti la kita cite pasal makan ye, artikel lain, artikel ni pasal pantai Kelulut.. salah page la FF ni, cuma kaitannya tempat makan tersebut dekat je dengan pantai ni...sebelah je. Lokasi ke pantai ni senang je, pasal ia terletak tepi jalan utama Kuala Terengganu-Dungun. Pantai Kelulut ni salah satu pantai kegemaran FF sebab kalo ada pokok kelapa tu memang FF suka sangat la sebab nampak cantik dalam foto. Pantai Kelulut ni menjadi Pekan Budaya daerah Marang sempena tahun melawat Terengganu 2013. Malah tempat ini menjadi aktiviti bersempena Kapas-Marang International Swimathon setiap tahun.
Seperti biasa la sebelum FF sajikan(mentang-mentang sebut makanan tadi) gambar-gambar pantai Kelulut ni, FF nak cite pasal sejarah sikit dan asal usul Kelulut ni, disamping menikmati permandangan ni biarlah dapat pengetahuan jugak...tak gituu...
|
Inilah rupa Kelulut tu
|
Alkisahnya.......
Lebih kurang pada abad ke-18.... satu rombongan pedagang telah singgah dan berehat di bawah sepohon pokok rhu di tepi pantai(pantai peranginan Kelulut sekarang). Rombongan tersebut diketuai oleh Pak We Ya'Ma. Semasa sedang berehat sambil menikmati panorama disitu, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kehadiran sekumpulan serangga bersayap iaitu Kelulut. Serangga tersebut mengerumuni rombongan tersebut seolah-olah mengalu-alukan kedatangan mereka. Oleh kerana peristiwa tersebut, mereka merasa takjub dan selaku ketua Pak We Ya'Ma telah mengisytiharkan nama tempat tersebut sebagai 'Rhu Kelulut'(asalnya), kemudian lama-kelamaan sehingga sekarang menjadi 'Kelulut' sahaja.
|
Papan tanda pantai peranginan ni
|
|
Pentas utama di sini
|
|
Ni bukan wakaf tapi pintu gerbang utama ke pantai ni
|
|
Ni landskap laluan pejalan kaki yang dibina di sini, panjang jugak.
|
|
Pantai Kelulut dari kejauhan.
|
|
Cantik kan suasana pantai dengan pepohon kelapa ni....ermm korang layan je la gambar-gambar seterusnya, malas nak add caption.
|
|
Boleh nampak Pulau Kapas kat sini
|
|
Pepohon kelapa
|
|
Ni tempat letak perahu kan....tapi macam tak digunakan kat sini, tak tahu la kot untuk hiasan je
|
|
|
Wakaf yang disediakan
|
sis nak tanye...asal usul kelulut tu mmg betul betul ke?
ReplyDelete