Baru-baru ini FF telah berkesempatan untuk pergi ke Pusar Sains & Kreativiti Terengganu atau lebih terkenal dengan nama Planetarium, ini adalah kerana ia adalah tarikan utama di PSKT. Bagi mereka-mereka yang ada anak-anak ataupun guru-guru, amatlah sesuai membawa mereka kesini kerana kat sini ia dapat Ia mengembangkan pengetahuan dan
informasi tentang sains dan teknologi angkasa lepas. Planetarium mampu
menyajikan penonton dengan simulasi langit, bulan dan bintang melalui
teknik pencahayaan yang dihasilkan oleh projektor universal, kubah atau
‘dome’ yang berbentuk setengah bulatan, berdiameter 10 meter. Ia mampu
membuatkan penonton seolah-olah menjelajah langit yang dipenuhi dengan
bintang, planet, bulan, meteor dan objek-objek yang terdapat dalam
sistem cakerawala. Fuh memang mendebarkan, tapi kalo ada anak kecik umur 2-3 tahun tu mungkin kena fikir dua kali la, bukan apa kat sini akan ditutup lampu, biasa la kalo dengar budak-budak menangis tu....bukan ape..FF bimbang menganggu konsentrasi penonton je.... Erm kalo berminat boleh la dapatkan maklumat lanjut tu kat sini ye http://www.pskt.com.my/
Peta Lokasi |
Planetarium |
Fahmi menjadi angkasawan. |
Suasana kat dalam, penuh maklumat tentang sains dan teknologi termasuklah tokoh-tokoh |
Bola terapung |
Tangga menuju dewan tayangan |
Dewan tayangan |
Semasa tayangan, sebenarnya tak boleh ambil gambar sebab cahaya flash tu akan menganggu penonton, walaupun FF guna tanpa flash tetap je ada effect focus merah kat skrin, hihih nasib gelap |
Cerita yang FF tonton tadi, masa tayangan dalam 45 minit |
No comments:
Post a Comment