Memandangkan bosan duk kat rumah, jadi FF pergi le ke Ri-Yaz Heritage Marina Resort & Spa ni untuk berjalan-jalan sambil cuci-cuci mata sikit tengok orang berlatih kapal layar tu.. Lokasi ni di Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Nak datang ke sini kena lalu ikut jambatan Sultan Mahmud dulu la.....pastu ada papan tanda ke Pulau Duyong nanti, kena la ikut jalan bawah jambatan tu nanti, maklum la pulau kan. Lokasi Resort ni memang cantik dan strategik kerana berada berdekatan dengan muara sungai Terengganu, malah dari Pasar Payang atau bandar Kuala Terengganu kita dah boleh nampak, kalo malam lagi la cantik dengan kelipan pokok lampu yang bercahaya sepanjang sungai resort ni. Di tambah pula ciri-ciri resortnya yang lebih berunsurkan tradisional dan kemelayuan dengan binaan kayu. Malah resortnya selesa dan privasi kerana terletak berjauhan antara satu sama lain. Jika nak tahu lebih lanjut tentang resort ni klik link ni ye http://www.ri-yazheritage.com
Seperti biasa jom layan gambar-gambar yang FF sempat ambil di sekitar ni,
|
Jambatan ke restoran bersebelahan
| |
|
Bot
|
|
Kapal layar yang memutih di air.
|
|
Spa yang menggunakan binaan kayu-kayuan
|
|
Sembunyi Spa
|
|
Pelan Lokasi
|
|
Ballroom Cindai yang bercirikan tradisional
|
|
Pintu hadapan untuk ke lobi
|
No comments:
Post a Comment