Semasa pergi ke Kemaman minggu lepas, FF telah singgah ke warung yang popular di sini, iaitu warung Aziz Satar(eh dah macam nama pelakon veteran la pulak!, bunyi sama tapi bukan die ye) dah nama Satar pasti lah makanan yang popular kat sini satar, tapi makanan lain tetap ada macam otak-otak, belbagai jenis pulut, ikan bakar, ketupat, dan macam-macam lagi, nasi pun ada ye. Warung ni terletak di Taman Geliga, Kuala Kemaman. Terletak di tepi jalan, selepas simpang tiga Masjid Kuala Kemaman. Satar ni salah satu makan popular di Terengganu, ia makanan yang berasaskan ikan dan digaul bersama dengan bahan-bahan tertentu termasuklah cili padi. Kalo yang FF selalu makan tu satar ni digaul bersama dengan kelapa dan rasa lebih kesat tapi satar kat sini licin je dan rasa FF macam dicampur dengan tepung sagu(mungkin le). Memang ramai sangat orang masa datang tu, maklumlah awal cuti persekolahan.
|
Ni la warung Aziz Satar, ni belah tepi, pasal parking kereta kat belakang kedai, depan dah penuh. Kedai ni berwarna kuning, belah ni tak nampak sangat la warna tu, pasal tak cat.
|
|
Memang ramai sangat orang datang kat sini.
|
|
Kena layan diri laaa.......
|
|
Ni ketupat dengan pulut jantung. Memang disediakan atas setiap meja.
|
|
Ni la rupa isinya, sama je rasanya dengan pulut panggang yang lain cuma bentuknya je tiga segi macam jantung.
|
|
Ambik gambar ni kat Platspender@blogspot.com(edit sikit) pasal lupa nak ambik gambar sebelum makan tu. Gambar ni memang kat warung Aziz Satar tu juga.
|
|
Tengok tu tinggal daun pisang je... maklum la panas-panas memang sedap la sampai lupa(padahal takut tak sempat :P) nak ambik gambar.
|
|
Ni la rombongan FF masa pergi ke Kemaman minggu lepas.
|
No comments:
Post a Comment