Tempat menarik di Kuala Terengganu sejak dahulu lagi pastinya Istana Maziah yang merupakan istana dua tingkat yang indah dan cukup bersejarah bagi negeri Terengganu ini. Istana yang menjadi lambang kebesaran negeri ini terletak di pinggir Bukit Puteri dan menghala ke Laut China Selatan. Lokasinya terletak di pusat bandaraya Kuala Terengganu dan juga berhampiran dengan Taman Shahbandar dan Pasar Payang.
Istana Maziah yang mempunyai reka bentuk dan seni bina yang menarik ini tetap menjadi warisan kemegahan bangsa serta pusaka yang tidak ternilai harganya. Di sinilah berlangsungnya istiadat-istiadat pertabalan peristiwa-peristiwa yang bersejarah dan upacara rasmi negeri Terengganu Darul Iman seperti istiadat pertabalan dan kemahkotaan Sultan Terengganu, berkhatan, bertindik, perkahwinan dan sambutan tetamu utama negeri.
FF nak cerita sedikit sejarah tentang istana ni, mengikut sejarah, istana ini dibina pada zaman pemerintahan Sultan Zainal Abidin III. Tarikh bermula pembinaannya terdapat percanggahan. Mengikut catatan Engku Pengiran Anum, batu asas pembinaan istana ini dimulakan pada hari Jumaat, pukul 10.00 pagi, 31 mei 1895 bersamaan 7 Zulhijjah 1313. Manakala catatan Dato'Seri Amar Diraja, Haji Ngah Muhammad bin Yusof menyatakan ia dibina pada tahun 1897. Sultan Zainal Abidin menitahkan pembinaan istana ini kerana untuk menggantikan Istana Hijau yang terletak berhampiran Istana Maziah, yang dibina oleh Sultan Umar dalam tahun 1870.
Bagi urusan-urusan peralatan pertukangan dan kayu-kayan ia diselenggarakan oleh Tengku Besar Paduka Indera dan Tengku Besar Panglima. Kebanyakan kayu-kayu yang digunakan bagi membina istana ini diambil dari daerah Dungun. Selain kayu, bahan yang digunakan dalam pembinaan istana ini adalah terdiri daripada campuran kapur, tanah liat, pasir garam, putih telur dan manisan. Dalam tempoh menyiapkan istana ini, pembinaannya kerap kali terbengkalai kerana masalah kewangan tetapi akhirnya dapat disiapkan dengan upacara istiadat 'naik istana' yang dilangsungkan pada bulan Ogos 1903.
Beberapa pindaan dan penambahbaikan untuk Istana Maziah ini juga telah dibuat beberapa kali selepas itu, tetapi sehingga kini Istana Maziah tetap utuh dengan keaslian bentuknya yang terpelihara dan menjadi mercu tanda penting dan bersejarah bagi bandar Kuala Terengganu dan kerana itulah Istana Maziah tetap menjadi salah satu destinasi pelancongan yang cukup berseni dan bersejarah di negeri Terengganu Darul Iman.
|
Pintu gerbang dengan lambang Jata Negeri yang terletak di atasnya. Info berkaitan tengok kat bawah.
|
|
Info tentangnya....
|
|
Dari arah Istana Maziah ke jalan besar
|
|
Pintu pagar rasmi yang sentiasa berkunci jika tiada sebarang istiadat.
|
|
Keterangan tentang pintu gerbang yang indah ini, yang asalnya dibina pada tahun 1887, iaitu pada masa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III.
|
|
Terdapat panca persada yang dibina khas untuk upacara istiadat yang berkaitan dengannya.
|
|
Senireka dan senibina yang indah.
|
|
|
Pintu pagar Istana Maziah dari arah Jalan Masjid Zainal Abidin. Pintu ni memang sentiasa dibuka.
|
|
Istana yang terletak di pinggir Bukit Puteri
|
|
Gambar istana dari atas Bukit Puteri
|
P/s : FF tinggal berdekatan jadi acap kali juga FF datang ke sini. Gambar yang FF postkan ni terdapat banyak sesi, kerana nak dapatkan shoot terbaik(hahaha ye la tu..sebenarnya FF suka update setiap artikel jadi jangan pelik la) mungkin terdapat perbezaan ketara(apa boleh disimpulkan jangan ambik gambar ketika cuaca mendung, gambar tak cantik.huhuhu)....yang penting FF sentiasa nak bagi yang terbaik untuk blog FF ni....:~)
macam mana nak masuk eh ? open atau bayar ? kalau bayar untuk pakej pelajar berapa eh ?
ReplyDeleteWah menarik betulah.... :)
ReplyDeleteAssalamu'alaikum. Halo, saya berasal dari Indonesia, saya ingin bertanya, bagaimana rasanya tinggal menetap disana? saya melihat di internet, bahwa kuala trengganu banyak tempat yang bernuansa islam. saya harap kamu mengerti apa yang saya maksud. Wassalamu'alaikum.
ReplyDelete