Salah satu tempat pertandingan 'Endurance Menunggang Kuda' yang
diakui bertaraf dunia ialah Terengganu International Endurance
Park(TIEP). Terletak di Lembah Bidong, Setiu - sentiasa menjadi event
pertandingan sukan kuda lasak di peringkat kebangsaan dan dunia. Jarak
dari Kuala Terengganu ke TIEP ialah lebih kurang 40km. Terletak di sempadan antara Kuala Terengganu-Setiu.
TIEP adalah idea Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda Tuanku Mizan Zainal Abidin. Baginda sangat meminati sukan
berkuda ini. Salah satu kejohanan kuda lasak ialah Cabaran Kuda Lasak
Terengganu - Piala Sultan yang telah bermula sejak tahun 2004. Pada
tahun 2008 ianya telah menjadi tempat berlangsungnya Kejohananan Kuda
Lasak Sedunia yang mana melibatkan 21 buah negara dan 15 orang
penunggang tempatan. Baginda - Yang Dipertuan Agong turut menyertai
pertandingan ini yang mana pertandingan ini telah diiktiraf bertaraf
dunia.
TIEP merupakan satu pusat sukan berkuda yang lengkap
dengan pelbagai kemudahan seperti kemudahan Klinik Kuda yang di anggap
sebagai klinik kuda pertama di Pantai Timur yang lengkap dengan
kemudahan ultra sound dan pengambilan darah kuda. Selain dari itu ianya
juga dilengkapi dengan kemudahan chalet VIP.
|
Pintu gerbang yang berbentuk ladam kuda
|
|
Pokok berbentuk kuda yang menyambut kedatangan pengunjung.
|
|
Pentas utama
|
|
Khemah untuk penonton
|
|
Chalet VIP
|
No comments:
Post a Comment