Wang
tunai bernilai RM5,000 beserta pelbagai hadiah iringan menanti
pengunjung ke-500,000 di Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman di Bukit
Takal.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman, Mustafar Khalid berkata zoo
terbesar di pantai timur itu yang beroperasi sejak 2009 kini menerima
kira-kira 400,000 pengunjung dari dalam dan luar negara.
“Ini adalah sebagai usaha kita untuk menarik kedatangan lebih ramai
pengunjung ke zoo ini dan berharap pengunjung akan dapat meluangkan masa
berkualiti bersama keluarga mereka sepanjang berada di sini.
“Program pengunjung bertuah ini juga diadakan Sempena Tahun Melawat
Terengganu pada tahun ini dalam usaha menyemarakkan lagi sektor
pelancongan di Terengganu,” katanya.
Jumaat lepas, seorang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan
Layang-Layang, Kulai, Johor menerima RM3,000 apabila menjadi pengunjung
ke-300,000 serta menerima tajaan penginapan dua hari satu malam di
Resort World Kijal beserta RM500 untuk kos perjalanan serta pembelian
pelbagai barangan cenderahati daripada pihak zoo.
Zoo berkeluasan 120 hektar ini dilengkapi pelbagai tarikan seperti
perkhidmatan trem, kolam mandi dan gelongsor air serta pelbagai taman.
Pengunjung turut berpeluang melihat cahaya kunang-kunang dengan menyusuri Sungai Yak Yah pada waktu malam.
No comments:
Post a Comment