Info, Tempat Menarik, Makanan, Penginapan, Lain-lain, about Us

Wednesday, 8 May 2013

Eksplorasi Alam, Kuala Terengganu

Mungkin artikel ni terlewat sikit pasal sibuk dengan pilihanraya.....Baru-baru ni sehari sebelum pilihanraya FF berkesempatan untuk melihat pameran haiwan spesis reptilia yang bertajuk "Eksplorasi Alam, Mendekati Dunia Reptilia". Bagi kanak-kanak tentunya ini adalah sesuatu yang mengembirakan bagi mereka terutamanya yang meminati haiwan kerana di sini mereka dapat melihat, memegang dan mempelajari tentang haiwan reptilia. Pameran ini telah dibuat di perkarangan Perpustakaan Awam Negeri Terengganu. Tiada bayaran dikenakan tetapi hanya RM2.00(sekeluarga) dikenakan bagi yang berminat untuk bergambar dengan semua reptilia disini. Kira memang berbaloi la. Malah hidangan makanan percuma juga disediakan berupa air minuman dan nasi lemak..Tapi sayang FF rasa kerana promosi yang kurang menyebabkan sesetengah orang tidak tahu, tapi walau bagaimanapun bagi mereka yang berminat untuk melihat boleh la hadir di Terengganu Trade Centre(TTC) jumaat dan sabtu ini.(10 &11Mei 2013) dan nantikan juga Pameran Haiwan Berbisa peringkat antarabangsa di Muzium Negeri Terengganu bulan Oktober nanti... 
Sesiapa yang berminat untuk menjemput atau mengadakan pameran reptilia ni juga bolehlah menjemput mereka ni di Zulhomestay yang beralamat di Tok Jembal, Kuala Terengganu atau contact number 013-9372219, 013-9194486 dan 013-9805504 (sekadar tolong promote je :-))




Arnab yang turut dijual

Pengunjung yang hadir

Antara spesis arnab...

dan lagi......

dan lagi...

Persembahan ular turut diadakan

Memegang ular

Tupai terbang atau Sugar Glider

Musang

Biawak

Juga jenis biawak

Katak

Ular sawa

Ni bukan landak, tapi spesis tenggiling, hegdehog

Iguana

Sesi bergambar dengan ular sawa spesis afrika

 

 


No comments:

Post a Comment