Info, Tempat Menarik, Makanan, Penginapan, Lain-lain, about Us

Wednesday, 1 May 2013

Pulau Redang, Setiu

Pulau Redang merupakan pulau yang terletak di perairan laut China Selatan dan merupakan salah satu daripada sembilan pulau yang membentuk taman laut Kepulauan Redang. Pulau Redang merupakan salah satu pulau yang tercantik di pantai timur Malaysia. Salah satu pantai yang paling cantik di pulau ni ialah Pasir Panjang, dengan pasir memutih, air yang jernih dan batu karang dan ikan hanya beberapa meter sahaja dari tepi pantai dan memang sesuai sangat la untuk aktiviti snorkeling. Untuk datang ke sini, boleh la menaiki bot melalui jeti Merang tapi FF pergi melalui Jeti Shahbandar Kuala Terengganu dengan feri memandang jarak masa yang agak lama(dalam 2 jam). Harga ni bergantung kepada pakej yang diambil..kalo kat sini(Jeti Shahbandar) sorang tu lebih kurang RM300 and above la..siap dengan makan, tempat tinggal tapi duk kat kampung sikit la. Kalo naik kat Jeti Merang(kat Setiu...bukan Marang ye, jangan tertukar lak(kat Marang tu jeti ke Pulau Kapas dan Pulau Gemia)) perjalanan lebih pendek dalam 45 minit dan harga tiket pergi balik dalam RM50-RM60 gitu la. Ni antara gambar yang FF sempat ambik....tak banyak sangat sebab sibuk la wak aktiviti air...

Ni kat jeti Merang...kalo naik bot kat sini sebelum ke pulau tu boleh la shopping dulu..

 

Salah satu cenderamata yang dijual





















No comments:

Post a Comment