Pura Tanjung Sabtu, terletak di Jeram Manir, Kuala Terengganu. Masa FF datang ni, kelihatan tempat ini sudah usang dan tak terurus. Sayang kerana rumah tradisional ini sangat cantik dan gah satu ketika dulu cuma kedudukannya yang agak terpencil dan hujung kampung. Suatu ketika tempat ini menjadi salah satu penginapan homestay bagi pelancong yang berminat untuk bermalam dan merasa tinggal di rumah tradisional Terengganu. FF mendapat info yang pemilik asalnya telah meninggal dunia kerana itulah keadaannya agak semak samun. Memandangkan Pura Tanjung Sabtu ini cantik dan unik maka dapatlah FF tampilkan sebagai salah satu tempat menarik untuk dikunjungi terutama bagi yang berminat melihat dan mengenal usul rumah tradisional.
Terletak lebih kurang 14km dari bandaraya Terengganu. Pura Tanjung Sabtu merupakan sesuah kompleks yang menempatkan beberapa buah rumah dan istana tradisional Melayu Terengganu. Difahamkan rumah dan istana tersebut didirikan hampir berusia 100 dan 200 tahun. Satu jangkamasa yang agak lama dan sayang sebenarnya kiranya warisan ini tidak dijaga. Asalnya rumah-rumah lama ini diambil dari Kampung Atas Tol, Kampung Seberang Baruh, Kampung Sungai Rengas dan Kampung Nesan Empat. Manakala istana di ambil dari Kampung Dalam Kota (belakang Istana Maziah). Rumah-rumah ini telah dipasang semula pada tahun 1992 dan telah dibaik pulih sebagai homestay pada tahun 1995.
Pura Tanjung Sabtu mendapat nama hasil daripada gabungan daripada perkataan sanskrit iaitu 'Pura' yang membawa maksud istana, kuil atau bandar dengan 'Tanjung Sabtu' iaitu sebuah nama desa di mana Pura Tanjung Sabtu ini telah dibina dengan gaya orang kasar bangsawan istana Terengganu.
Jika berminat untuk ke sini hanya perlu menuju arah ke Jeram Manir kerana Kampung Tanjung Sabtu cuma sejiran sahaja dengan Kampung Jeram, masuk simpang sebelah masjid Tanjung Sabtu... kemudian belok ke kanan dan terus hingga ke penghujung kampung. Korang akan ternampak pintu gerbang tapi maaf la pintu tu ditutup dan perlu lalu jalan alternatif iaitu jalan yang agak sempit sikit tapi masih boleh dilalui oleh kenderaan.

Pintu utama |
Bahagian tengah utama |
Pintu yang ditumbuhi semak samun |
macam ni ke keadaan dekat Pura Tanjung Sabtu sekarang?
ReplyDeleteOMG, apa yang terjadi, kenapa owner Pura membiarkan jadi begini..kenapa Kerajaan Negeri tidak ambil alih ..senibina rumah2 tradisi yang di kumpul di sini sungguh tinggi nilainya.
ReplyDeleteowner istana pura sudah meninggal.
ReplyDeleteye owner aslnya sudah meninggal, skrg rumah tu anak dia yang duduk..tu r sayang sgt..penuh dengan semak samun
ReplyDeletesalam...cmner keadaan istana ni sekarang?
ReplyDeleteDah jadi homestayyy♡♡♡
ReplyDeleteOk dah ke skng.. bleh amik gmbar2 x
ReplyDelete