Tasik Kenyir yang dibina pada tahun 1988 ini terletak di Kuala Berang..bahagian hulu Sungai Kenyir, Terengganu. Tasik Kenyir menjadi tasik terbesar yang pernah dibina oleh manusia untuk menjana kuasa elektrik di Asia Tenggara. Keluasan tasik ini dalam 2,600 km persegi dan mengandungi 340 buah pulau kecil. Kebanyakan pulau-pulau ini tidak berpenghuni dan kepunyaan hakmilik Kerajaan sepenuhnya termasuk dibina pejabat urusan bagi kajian penyelidikan. Sesetengah pulau juga dijadikan pusat perlancongan dan dibuka untuk orang ramai seperti Pulau Herba yang merupakan salah satu pulau yang terdapat di Tasik
Kenyir. Pulau Herba mempunyai kira-kira 26 ribu pokok herba. Manakala
bagi penggemar fotografi Air Terjun Lasir merupakan tempat yang
menjanjikan pelbagai landskap serta flora dan fauna yang indah untuk
dirakam. Air terjun ini terdapat di sekitar Tasik Kenyir juga merupakan
tarikan utama perlancongan. Tapi Tasik Kenyir semestinya lubuk bagi kaki pancing. Selain daripada itu, terdapat perkhidmatan mandi dengan ikan kelah dan melawat gua-gua.
Bagi yang berminat untuk menaiki bot megelilingi tasik disini, terdapat beberapa pakej yang disediakan mengikut kadar kemampuan masing-masing. Bagi yang berminat untuk menyewa bot atau bermalam rumah bot juga disediakan dengan kadar pakej untuk seorang paling rendah RM150 camtu. Kalo berminat search je google kerana sebenarnya terlalu banyak syarikat pelancongan yang menawarkan perkhidmatan ni.
|
Permandangan Tasik Kenyir
|
|
Rumah bot yang disediakan untuk disewa
|
|
Tengah tasik
|
|
Pusat penyelidikan di pulau..
|
|
Sungai Lasir
|
|
Taman Herba
|
No comments:
Post a Comment