Salah satu pantai yang cantik di Terengganu. Pantai yang FF pergi ni bernama Pantai Kijal kerana terletak di Kijal ataupun dikenali sebagai Pantai Penunjuk. Kenapa Penunjuk, tak tahu la pulak FF, agaknya kerana bentuk batunya yang menghadap kat atas kot seolah-olah jari telunjuk manusia. Hihihihi pandai-pandai je FF ni kan, kalo asal nama Kijal tu pulak, menurut sejarah tak bertulis orang-orang tua kat sini, ia dikatakan kerana terdapat sepohon pokok yang dipanggil pokok Kijal yang tumbuh di atas bukit Kijal ni, walaubagaimanapun, sayangnya pokok tersebut telah pun pupus. Untuk datang kat sini cari dan ikut arah laluan jalan pantai Penunjuk. Kedudukan pantai ni memang ke dalam perkampungan sikit, kira terletak di perkampungan nelayan la tapi tak rugi pun cari tempat ni sebab apa yang FF boleh cakap...... tempat ni cantik sangattttt.......
|
Wahhhh dah sampai pun kat pantai.......bestnya dapat hirup udara segar..
|
|
Aliran sungai yang mengalir ke laut
|
|
Ramai jugak kaki pancing yang datang sini, terutama kat area sungai tu. nampak tak? kalo tak nampak zoom la
|
|
Wakaf-wakaf kat sini, masih banyak lagi yang tengah dalam pembinaan termasuk gerai-gerai dan tandas.
|
|
Hahaha masa FF datang ni orang tengah sibuk nak mengundi, jadi banyak la bendera terpacak kat sini, abaikan je la bendera tu ye....
|
|
Amaran dilarang mandi... pernah ada orang lemas kat sini....memang la kawasan berteluk tu cantik tapi sebenarnya bahaya
|
|
Batu ni la orang cakap macam mayat terbaring tu ye..ish macam-macam
|
|
Memang batu-batu kat sini besar-besar gajah....
|
|
Macam mana? cantik kan pantai kat sini.
|
|
|
Ermmm FF tak tau nak komen apa...apa yang FF boleh cakap kalo pantai jenis berbatu-batan ni FF memang suka sangat sebab nampak cantik...selain pantai yang ada pokok kelapa. tak tau la macam mana dengan korang....apa-apa pun FF memang berbangga jadi anak jati Terengganu sebab FF kan pencinta alam semulajadi dan Terengganu ni memang kaya dengan alamnya, walaupun orang cakap kat sini kekurangan tempat beli belah.....lantak ler janji dapat hirup udara segar dan bebas dari pencemaran.Tak gitu orang ganu seme?
Nicec review. Will reach this place soon insyaa Allah :-)
ReplyDelete