KUALA TERENGGANU: Tok Mun atau nama sebenarnya, Maimun Yusof, 94,
calon paling tua yang menjadi tumpuan dalam Pilihan Raya Umum (PRU)
ke-12 pada 2008, diangka bertanding semula pada PRU-13.
Ia berikutan kehadiran beliau di Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sini, jam 10 pagi tadi, dipercayai bagi mengambil borang pencalonan.
Ia berikutan kehadiran beliau di Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sini, jam 10 pagi tadi, dipercayai bagi mengambil borang pencalonan.
Beliau dilihat datang berseorangan dan meninggalkan pejabat SPR dengan menaiki sebuah van. Pada PRU Ke-12, Tok Mun bertanding sebagai calon Bebas bagi
Parlimen Kuala Terengganu dengan menggunakan simbol kunci, menentang
calon Barisan Nasional (BN), Allahyarham Datuk Razali Ismail dan PAS,
Mohamad Sabu.
Bagaimanapun, warga emas itu yang mencari pendapatan dengan menjaja
kain dan jeruk buah-buahan menaiki basikal, tewas di tangan calon BN
apabila hanya meraih 685 undi.
No comments:
Post a Comment